Winking Line Smiley

Rabu, 8 Februari 2012

Kenapa kita mesti solat?? ~(^o^)~


Assalamualaikum sahabat-sahabatku ^o^ v

Subhanallah..walhamdulillah...wa laa ilaha illa Allah..


Hah! dah tunaikan tanggungjawab anta/anti sebagai seorang muslim?
cukup tak 5 waktu sehari sepetang semalam? hihihi..

back to the main question..

~ W H Y  w e  m u s t  t o  s a l a t ? ? ~

hmm..banyak sangat jawapan-jawapan yang selalu kita dengar bila diajukan soalan ini,antaranya:

alaa..kacang nye soklan..SPM pon de kuar gak..
jawapan ala-ala skema SPM : 

" Mestilah kita solat sebab nak mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya..sedikit penambahan,  saya nak jadi orang yang beriman! jadi saya kene laa solat ;) apamacam sis/bro? semua orang Islam wajib solat pe,takkan tak tahu..so,pendek kata kita as a muslim/muslimah solat sebab itu adalah WAJIB dan setahu saya, solat tuw jugak ada kaitan dengan kecergasan dan kesihatan tubuh badan..wink99 *_* "
Betul jawapan hamba Allah tersebut..tetapi adakah hanya kerana "ohhh itu wajib! jadi kena la buat"..ke ada  yang lebih tepat daripada itu..
" Akak..saya teringat dalam surah al-Ankabut ayat 45,yang mana klo kte solat kannn,Allah akan pelihara kte daripada perkara yang keji dan tak elok..jadi sebab tu laa kte mesti solat kan.. ;) ayatnye bermaksud :
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "

29:45


Subhanallah..itu memamng benar,tetapi ada yang lebih benar lagi jawapannya..
iaitu solat ini adalah untuk menguatkan jiwa kita sebagai hambaNya yang akan diuji tiap detik dan masa..
Memperkasakan keyakinan kita bahawa Allahlah yang selayaknya kita sembah..

Apabila jiwa kita telah kuat dan kukuh dengan aqidah yang benar,maka hati akan mudah untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah..

Ingat lagi tak sahabat sekalian,Allah mengingati kita..Allah ingatkan kita bahawa Allah akan bersama dengan kita bilamana Allah menguji kita, maka firman Allah : sabar dan solat..kerana hanya dengan itu akan menjadi benteng/perisai yang utuh untuk kita berjaya melepasi ujian-ujianNya.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar " 
(2:153)
 Hakikatnya..susah giler seh kte nak mengikis karat-karat jahilliah di dalam diri ini..susah kte nak meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat (tetapi masih jugakkk dibuat hihihi)..susah memanggg susah,tetapi..marilah kita bersama-sama bersabar dan bersolat..

Yang baik semuanya dari Allah..yang lemah dan dhoif daripada diri ana sendiri yang cuba,ya yang sedang mencuba untuk menulis dan berkongsi ilmu yang sedikit ini kerana untuk redhaNya..tegurlah ana dengan berhikmah dan mau'izatul hasanah jika terdapat salah dan silap..

~......~ hehehe