Winking Line Smiley

Rabu, 29 Februari 2012

Erti sidqu perlu dihadam oleh minda

Bismillah..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Di dalam usaha diri ini untuk tazkiyatun nafs..perlunya rasa as-Sidqu..


Oleh : Abu Munzir
http://tinta-tarbawi.com


Anak-anak yang dikasihi, tiada seorangpun mungkin mencapai tahap taqwa sehingga dia memiliki sifat BENAR dan JUJUR atau memiliki AS SIDQU.

Apakah ertinya sidqu ini? Sidqu itu adalah benar dalam fikiran, benar dalam amalan dan perbuatan dan benar dalam perasaan hati. Benar semasa bersama dengan orang ramai dan benar pada ketika keseorangan. Walapun kita mampu sembunyikan dari mata, telinga dan pengetahuan manusia tetapi sudah pasti kita tak sembunyi dari pengetahuan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Umar Abd Aziz telah berkata: "Tidak akan sampai seseorang itu ke tahap taqwa yang sebenar sehinggalah dia tidak lagi memiliki amalan atau perkataan yang membawa kepada keaiban kepada dirinya di dunia mahupun di akhirat."

Dan dia juga pernah ditanya" "Bilakah seseorang itu mencapai taqwa?"

Umar Abd Aziz menjawab:

"Jika seseorang itu meletakkan semua yang ada dalam fikirannya dan segala yang ada dalam hatinya di dalam sebuah pinggan, dan diapun pergi berlegar-legar di pasar, dia tidak akan merasa aib terhadap apa yang terdapat dalam pinggan itu"


Allahu..terasa kerdil diri ini ya rabb..
bantulah daku wahai Tuhan yang mendengar segala isi hati ini..