Winking Line Smiley

Ahad, 29 Januari 2012

"Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik ye kak?"

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Segala puji-pujian selayaknya hanya untukmu ya Rabb..

Assalamualaikum sahabatku..
hihihi semoga sihat sejahtera kehendaknya..


" Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik ye kak? "..

Terkejut..terdiam seketika apabila ditanya soalan tersebut daripada seorang sahabat..

Dulu..ya zaman jahilliah saya dulu-dulu,saya juga pernah bertanya soalan yang sama..

Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik?? 
( tetapi soalan itu hanya di hati )

teringat kata-kata ustaz ketika sekolah dahulu..

" Untuk berubah,pertama sekali kena betulkan solat! kerana Allah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, ayat yang ke-45".



29:45

Maksud :

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."


Kenapa SOLAT yang mampu mengubah kita?
Kenapa ya..
K e n a p a..

al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu,
1. ikhlas, 2. khasy-yah (takut), dan 3. mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatan makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatan mungkar.

Amalan-amalan kebaikan itu hanya alat untuk kita membersihkan hati..
solat adalah salah satu cara yang memproses hati kita.
Percayalah sahabat,

              "A N D A   M A M P U   U N T U K   B E R U B A H!! "  ^_~

kerana hati itu terletaknya iman,imanlah yang menggerakkan kita untuk redha Allah..
Moga Allah meredhai kita sebagai hambanya..











Sabtu, 28 Januari 2012

Berubah

Bismillah..
Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat kepada kita hambaNya..


Saya terdiam seketika tatkala membaca entry "Aku sang penyeru yang bisu " (klik sini untuk membacanya)

Perbagai soalan melayang-layang di kotak minda..
Cukupkah sekadar saya membenci kemungkaran semata-mata tanpa perlu bertindak untuk mencegahnya?
Allahu..

Kenapa saya perlu berubah?
Kenapa awak perlu berubah?
dan..
Kenapa kita perlu berubah?

hehehe..sahabat-sahabat sendiri sudah tentu ada jawapan bagi soalan saya ini bukan ^_~

sahabatku,
hidayah itu datangnya daripada Allah SWT,umpama hati yang gelap gelita kemudian disinari cahaya terang untuk menyusuri jalan kehidupan.
Tatkala hidayahNya datang menyapa hati kita,akan terasa diri ini sangat kerdil lagi hina! Ya Allah..terima kasih di atas hadiah kurniaanMu ini!
tetapi sahabatku..
jika kita membiarkan hidayahNya berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk menjaganya maka ia akan HILANG..

 ** h i l a n g **

Adakah ini yang kita mahukan?

^_^ fikir-fikirkan..moga ilmu yang sedikit itu bermanfaat buat diri yang menulis dan sahabat yang membacanya..


 ( gambar di Kanvas Hati medium dakwah melalui lukisan)




Jumaat, 27 Januari 2012

Semangat baru!

Assalamualaikum..

Subhanallah..Maha suci Allah yang masih memberi kesempatan buat diri untuk menulis..
sudah terlalu lama blog ini menyepi..


Going even deeper into 'The Time' ....


line1

103:1
103:2

103:3


Surah ini sangat memberi inspirasi buat diri yang ingin menjadi seorang Mukminah..
cuba sedaya-upaya mengikis sisa-sisa jahilliyah..
moga coretan ini menjadi satu semangat bru buat diri untuk teruskan menulis!!