Winking Line Smiley

Khamis, 11 November 2010

luahan hati seorang ibu

Luahan hati ibu

Anakku sayang,
 ketahuilah kasih ibu padamu tidak bertepi,tiada galang ganti..
9 bulan ibu mengandungkanmu dengan berbagai dugaan dan cubaan.Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkanmu dengan sabar..

Ketahuilah,tatkala melihat wajahmu anakku,segala penat lelahku hilang diganti senyuman dan kegembiraan.Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga.Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan mencurah kasih kepada kita sepenuh hati..betapa kasihnya ibu padamu anakku,sehingga tidak memberi kesempatan walau seekor nyamuk nakal yang ingin mencuri titik darahmu.

Anakku permata hati,
ibu sanggup berkorban untukmu nak..
Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagianmu anak-anakku. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan sekali. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit tidak mengapa,anak jangan pula sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tiada ibu tak kisah. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak.

Waktu begitu cepat berlalu..
ibu melihat anak-anak ibu sudah remaja..
Nak..
Jadilah anak yang dipandang tinggi,pelihara maruah dirimu..
Angkatkan martabat agamamu dengan ilmu..jagalah akhlakmu anak-anakku.Permata hati ibu sayang.

Dalam arus teknologi ini nak,ada rasa kuatir dibenak ibumu ini..
Ibu  kuatir tidak dapat melindungi dirimu dari pergaulan bebas.Mungkin kau ingat nak..
Ketika ibu melarang sesuatu keinginanmu,bukan tandanya ibu mengongkongmu tetapi kerana bagi ibu semua tidak sesuai dengan ajaran agama...fahamilah ibu..

Engkau sudah besar anakku,tika itu engkau memberontak.

Saban hari,ada-ada saja yang tak kena. Ibu selekeh,ibu kolot, ibu tak faham anak ibu, ibu tak sporting, ibu menyakitkan hati dan banyak lagi kata-katamu yang mengguris hati kecil ibu. 

SEBENARNYA IBU...SAYANGKAN anak-anak ibu!!!

Tahukah engkau betapa hancur luluhnya perasaan ibu?ibu ini satu-satunya ibumu di dunia ini..engkau anak-anakku tiada gantinya.Baik burukmu ibu terima sayang..ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu berjaya.
Ibu sentiasa memberi sokongan terbaik untuk anak-anak. Yang paling besar, doa ibu yang mujarab. Kalau tiada ibu, tiadalah doa yang lebih baik daripada itu.

Oleh itu, jaga hati ibu semasa dia masih hidup. Belajarlah untuk menjaga hati ibu. Belajarlah untuk menjaga hati ibu...hargailah dirinya.Bila kita dewasa kita mempunyai tanggunggjawab yang besar dan bila ibu tiada, sifat-sifat tadi akan beransur-ansur hilang. Barulah kita berfikir kenapa ibu begitu???... 




bukan senang nak mengecapi kebahagiaan…kasih sayang yang diberi seikhlas hati, duit dan hadiah ditabur dengan senang hati..apatah lagi betapa susahnya menangih cinta suci ibu andai dia tiada lagi.