Winking Line Smiley

Khamis, 9 September 2010

selamat hari raya..

assalamualaikum sahabat-sahabatku..
moga kasih Allah merahmati baginda s.a.w dan keluarganya serta para sahabat..
moga kasih Allah merahmatimu dan ahli keluargamu serta sahabat-sahabatmu..

selamat hari raya sahabat..
moga hari syawal ini kita sambut dengan kesyukuran..

Alhamdulillah..kita masih diberi nikmat hidup..
moga kita hidup dalam keiman..amiin..

Happy eid!!

Selasa, 7 September 2010

nak jadi anak derhake ke??

pada 6/9/10 tuw..


dari subuh lagi adik-adikku (rafiq dan jihah) kusyuk dan tawaduk sungguh bermain ps2..

almaklum cuti sekolah + puasa = malas (hahaa)



petang tuw,keinginanku nak bermain ps2 memuncak..terlalu boringggg..

game racing..bestt..

dengan slumber saya bertanya ngan adik rafiq..

"dah solat ke belum.."

adik lekas angkat dari duduk..(ya Allah,belum solat lagi budak nie..ish3..hohoho time saya pulak main..)

_____________________________________________________________________
tengah saya memilih kereta untuk racing game nie..tetiba mak kuar dari bilik..

mak: dah..dah..tutop lagi tv..berhenti lagi main tuw..dari subuh tak berhenti..rosak nanti. (kata mak perlahan)

[saya masih memilih kereta yang sesuai..warna apa ea..biru?putih?hitam ok gak..]

dik jihah : laa..tengah hari tadi dah tutop kejap ps2..bla..bla..(alasan ohh alasan)

[saya masih memilih jenis kereta..woww kereta semuanya best-best..dah laa kacak..ish3 alangkah indahnya kalau dapat satu (angan-angan mat jenin) heheee..]

adik lelakiku datang dari arah dapur dalam keadaan agak agak basah kaki dan tangannya (dah amik wuduk laa tuw)

dik rafiq : nak jadi anak derhaka kee..nak jadi batu belah batu bertanggkup??

[derhaka?takut mula menyerang benak fikiranku..saya mencar-cari kelibat mak..owh,mak dalam bilik( pintu terbuka sedikit) tengah solat]

dik jihah: akak,tak pilih kereta lagi ke?

saya cepat-cepat tutop ps2..dik jihah kehairanan..

dik jihah : aikk..nape kak?
 (soalan nie..betul-betul kura-kura dalam perahu..tangan dia tolong jugak tutop)



Ya Allah..takutku padaMu..ampunilah dosa-dosaku..dosa ibu bapaku..dosa ahli keluaraga serta sahabat-sahabatku..maha suciMu ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.