Winking Line Smiley

Rabu, 29 Februari 2012

Erti sidqu perlu dihadam oleh minda

Bismillah..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Di dalam usaha diri ini untuk tazkiyatun nafs..perlunya rasa as-Sidqu..


Oleh : Abu Munzir
http://tinta-tarbawi.com


Anak-anak yang dikasihi, tiada seorangpun mungkin mencapai tahap taqwa sehingga dia memiliki sifat BENAR dan JUJUR atau memiliki AS SIDQU.

Apakah ertinya sidqu ini? Sidqu itu adalah benar dalam fikiran, benar dalam amalan dan perbuatan dan benar dalam perasaan hati. Benar semasa bersama dengan orang ramai dan benar pada ketika keseorangan. Walapun kita mampu sembunyikan dari mata, telinga dan pengetahuan manusia tetapi sudah pasti kita tak sembunyi dari pengetahuan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Umar Abd Aziz telah berkata: "Tidak akan sampai seseorang itu ke tahap taqwa yang sebenar sehinggalah dia tidak lagi memiliki amalan atau perkataan yang membawa kepada keaiban kepada dirinya di dunia mahupun di akhirat."

Dan dia juga pernah ditanya" "Bilakah seseorang itu mencapai taqwa?"

Umar Abd Aziz menjawab:

"Jika seseorang itu meletakkan semua yang ada dalam fikirannya dan segala yang ada dalam hatinya di dalam sebuah pinggan, dan diapun pergi berlegar-legar di pasar, dia tidak akan merasa aib terhadap apa yang terdapat dalam pinggan itu"


Allahu..terasa kerdil diri ini ya rabb..
bantulah daku wahai Tuhan yang mendengar segala isi hati ini..


Rabu, 8 Februari 2012

Kenapa kita mesti solat?? ~(^o^)~


Assalamualaikum sahabat-sahabatku ^o^ v

Subhanallah..walhamdulillah...wa laa ilaha illa Allah..


Hah! dah tunaikan tanggungjawab anta/anti sebagai seorang muslim?
cukup tak 5 waktu sehari sepetang semalam? hihihi..

back to the main question..

~ W H Y  w e  m u s t  t o  s a l a t ? ? ~

hmm..banyak sangat jawapan-jawapan yang selalu kita dengar bila diajukan soalan ini,antaranya:

alaa..kacang nye soklan..SPM pon de kuar gak..
jawapan ala-ala skema SPM : 

" Mestilah kita solat sebab nak mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya..sedikit penambahan,  saya nak jadi orang yang beriman! jadi saya kene laa solat ;) apamacam sis/bro? semua orang Islam wajib solat pe,takkan tak tahu..so,pendek kata kita as a muslim/muslimah solat sebab itu adalah WAJIB dan setahu saya, solat tuw jugak ada kaitan dengan kecergasan dan kesihatan tubuh badan..wink99 *_* "
Betul jawapan hamba Allah tersebut..tetapi adakah hanya kerana "ohhh itu wajib! jadi kena la buat"..ke ada  yang lebih tepat daripada itu..
" Akak..saya teringat dalam surah al-Ankabut ayat 45,yang mana klo kte solat kannn,Allah akan pelihara kte daripada perkara yang keji dan tak elok..jadi sebab tu laa kte mesti solat kan.. ;) ayatnye bermaksud :
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "

29:45


Subhanallah..itu memamng benar,tetapi ada yang lebih benar lagi jawapannya..
iaitu solat ini adalah untuk menguatkan jiwa kita sebagai hambaNya yang akan diuji tiap detik dan masa..
Memperkasakan keyakinan kita bahawa Allahlah yang selayaknya kita sembah..

Apabila jiwa kita telah kuat dan kukuh dengan aqidah yang benar,maka hati akan mudah untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah..

Ingat lagi tak sahabat sekalian,Allah mengingati kita..Allah ingatkan kita bahawa Allah akan bersama dengan kita bilamana Allah menguji kita, maka firman Allah : sabar dan solat..kerana hanya dengan itu akan menjadi benteng/perisai yang utuh untuk kita berjaya melepasi ujian-ujianNya.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar " 
(2:153)
 Hakikatnya..susah giler seh kte nak mengikis karat-karat jahilliah di dalam diri ini..susah kte nak meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat (tetapi masih jugakkk dibuat hihihi)..susah memanggg susah,tetapi..marilah kita bersama-sama bersabar dan bersolat..

Yang baik semuanya dari Allah..yang lemah dan dhoif daripada diri ana sendiri yang cuba,ya yang sedang mencuba untuk menulis dan berkongsi ilmu yang sedikit ini kerana untuk redhaNya..tegurlah ana dengan berhikmah dan mau'izatul hasanah jika terdapat salah dan silap..

~......~ hehehe









Isnin, 6 Februari 2012

Bagaimana menarik hatinya untuk Islam ^_^v

Assalamualaikum sahabat mayaku..
Segala Pujian bagiMu ya Rabb di atas nikmatMu yang tak terhingga..

hihihi..hari ini insya Allah kte nak berkongsi sedikit tentang bagaimana kita sebagai seorang muslim hendak menarik hati sahabat-sahabat kita untuk memeluk Islam dengan erti kata yang sebenar,bukan sekadar nama di Identity Card a.k.a IC.


Ingin saya bawakan sahabat-sahabat sekelian satu kisah Agung tentang Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad saw tentang cara-cara baginda menarik hati manusia ke arah Mengesakan Allah SWT..


                  ****


Setelah Abu Thalib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah saw. semakin berat,
sehingga beliau pergi ke Thaif untuk mencari perlmdungan dari suku Tsaqif, dengan
harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam.

Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh-tokoh dari suku Tsaqif, yang
mereka itu tiga bersaudara: Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud, dan Hubaib.
Beliau mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud
kedatangannya.

Akan tetapi.. mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan
memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olok
Rasulullah saw. Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan
Syaibah bin Rabi'ah, yang waktu itu keduanya berada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami oleh Rasulullah saw.

Rasulullah duduk di bawah pohon kurma. Sementara itu hati kedua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong, lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas,
 "Ambillah setangkai anggur dan letakkan di nampan ini, lalu berikan kepada
orang itu." 


Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan
Rasulullah seraya berkata, "Silakan dimakan." Rasul menerima anggur tersebut, lalu
memetiknya, setelah itu membaca "bismillahirrahmanirrahim" dan memakannya.

Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan.
"Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah berkata,
"Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?" Adas menjawab, "Saya
beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawai." Rasulullah bertanya, "Apakah dari
negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shaleh itu?" Adas berkata, "Apa yang
Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah nabi dan
saya juga seorang nabi." Mendengar jawaban itu, Adas langsung menunduk Nabi,
menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau.

Kedua pemilik kebun itu melihat kejadian tersebut, lalu seorang di antara mereka berkata kepada yang satunya, "Pembantu kita sudah diracuni oleh laki-laki itu."
Tatkala Adas datang menghadap, keduanya berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, apa
yang menyebabkan kamu menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki orang itu?"
Adas berkata, "Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu
kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi." Mereka berkata,
"Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai omongannya menjadikan kamu
berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik daripada agamanya."


                   *****


Sahabatku kasihi..
Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah bagaimana cara Rasulullah menarik hati Adas untuk memeluk agama suci,yakni Islam. Tatkala Adas datang kepada Rasulullah dengan senampan anggur lalu berkata,
"Makanlah," Rasulullah memulai langkah pertamanya: beliau mengambil anggur itu dan
membaca "bismillahirrahmanirrahim", lalu memakannya.

Seandainya Rasulullah tidak mengucapkan "bismillahirrahmanirrahim", tentu Adas tidak akan bertanya tentangnya. Di sinilah terlihat betapa pentingnya menonjolkan karakteristik Islam dengan
melaksanakan sunnah Rasulullah, yang juga merupakan menunjukkan aqidah islamiah
di negara-negara nonmuslim, kerana dengan begitu kaum muslimin dapat mengenal
satu sama lain.

Langkah kedua adalah tatkala Adas memandang beliau dan berkata, "Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah lalu berkata, "Wahai Adas kamu
berasal dari negeri mana dan apa agamamu?" Rasulullah memanggilnya dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama secara langsung itu mempunyai erti yang amat besar untuk
mengakrabkan sebuah persahabatan.

Kemudian beliau menanyakan tentang negeri dan agamanya. Ini merupakan sebuah rangkaian pembicaraan yang berurutan secara rapi. Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawai." Lalu Rasul bertanya,"Apakah kamu dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shaleh itu?"

Kita melihat bahawa Rasulullah memberikan gelar kepada Yunus as. dengan menyebut "hamba yang shaleh". Inilah yang menjadikan hati Adas semakin tersentuh dan tertarik. la juga mengetahui bahawa Rasulullah mengetahui letak negeri Ninawai, sebuah negeri yang terletak di sebelah sungai Furat, Iraq. Ini semua
menjadikan Adas semakin tertarik.

Adas bertanya, "Apa yang Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi."
Di sini terdapat sentuhan yang amat lembut. Ungkapan Rasulullah,
"saudaraku," semakin membuat Adas tertarik dan percaya. Banyak kita jumpai orang
yang bertanya tentang seseorang kemudian ia jawab, "la adalah saudaraku."
Jawaban itu akan menambah keakraban dan rasa percaya. Dari nada bicara Rasulullah
itu terlihat sifat tawadhu' beliau, yaitu beliau menyebut nama Yunus as. lebih dahulu
sebelum menyebut nama beliau sendiri.

 Di sini terdapat pelajaran yang amat penting dan berharga bagi seorang da'i.Kaedah yang digunakan Rasulullah sangat lembut dan menyentuh hati sesiapapun tika itu..jadi,bagaimana pula dengan saya dan anda?

^_^ Moga Allah tsabatkan hatiku yang mula menggapai cintaMu ya Rabb..

* rujukan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Sheikh Abbas As-Siisi