Winking Line Smiley

Ahad, 29 Januari 2012

"Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik ye kak?"

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Segala puji-pujian selayaknya hanya untukmu ya Rabb..

Assalamualaikum sahabatku..
hihihi semoga sihat sejahtera kehendaknya..


" Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik ye kak? "..

Terkejut..terdiam seketika apabila ditanya soalan tersebut daripada seorang sahabat..

Dulu..ya zaman jahilliah saya dulu-dulu,saya juga pernah bertanya soalan yang sama..

Bagaimana saya hendak berubah menjadi baik?? 
( tetapi soalan itu hanya di hati )

teringat kata-kata ustaz ketika sekolah dahulu..

" Untuk berubah,pertama sekali kena betulkan solat! kerana Allah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, ayat yang ke-45".



29:45

Maksud :

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."


Kenapa SOLAT yang mampu mengubah kita?
Kenapa ya..
K e n a p a..

al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu,
1. ikhlas, 2. khasy-yah (takut), dan 3. mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatan makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatan mungkar.

Amalan-amalan kebaikan itu hanya alat untuk kita membersihkan hati..
solat adalah salah satu cara yang memproses hati kita.
Percayalah sahabat,

              "A N D A   M A M P U   U N T U K   B E R U B A H!! "  ^_~

kerana hati itu terletaknya iman,imanlah yang menggerakkan kita untuk redha Allah..
Moga Allah meredhai kita sebagai hambanya..