Winking Line Smiley

Ahad, 25 April 2010

si dia..




PERTAma kali saya terpandang si dia,iaitu ketika saya mengikuti satu kem.Sungguh..saya tersenyum melihatnya..hehehe mesra dan ramahnya si dia tu..si dia melihatku.Kumasih kekalkan senyuman yang paling manis..senyum :)..hehehe tiba-tiba dia menghampiriku..aduh!! takkan nak lari kot..salam perkenalan dihulur..dia bertanya siapa namaku..oh no..dengan lemah-lembut kujawab soalannya,saya Opie..saya control ayu dihadapannya..hahaha yelah kali pertama perkenalan mesti menjadi gadis sopan!..kami bersembang sebentar..cuma sebentar,huhu itupun bertanyakan di mana bersekolah..baru saya tahu si dia rupa-rupanya pelajar sekolah agama.Bila saya mendengar begitu..hehehe senyum bertambah-tambah manis..Hebatnyer die nie..tertarik-tarik saya hendak mengenalinya..tetapi waktu kem amat padat menyebabkan saya sukar untuk berkongsi cerita dengannya..hehe mesti best kalau dapat begitu..haha gatal!..saya tadak sama kumpulan dengannya..jadi agak susah saya hendak bergaul rapat dengannya..huhuhu

Keesokan harinya kami telah bertembung..best nyee..tiba-tiba sungguh saya tidak menduga si dia memanggail namaku..oh my god.."Hai Opie"..hehehe..aduh!eh siapa namanya?? ALAmak..saya tak ingat pulak..apasal time kronik begini tak ingat pulak! eh..takpe2..buat slumber dulu..dia menghampiriku..dengan senyuman yang saya kira terlebih gula nie,saya bertanyakan..saya nak panggil awak ape ea?..harap-harap si dia tidak tahu yang saya sudah lupa namanya..haha kebetulan namanya agak panjang jugak..dia tersenyum lagi..dijawabnya soalanku..kali ini kuingat betul-betul namanya di dalam minda..hehehe saya rasa tidak adil bagi si dia jika dia telah bersusah-payah mengingati namaku(saya harap bagitu..hehe)tetapi saya pulak tak ingat..ada ke patut..ish..ish..tak patut,tak patuttt..

Kem ni selama 4 hari tau..tapi saya takut laa saya terlepas peluang untuk berkawan dengannya..hehehe ada sesuatu yang tidak saya akan jangka terjadi..pada hari ke-3 kem itu,khemah kami ditugaskan berjaga malam..oh tidak..malasnya nak jadi miss guard tengah-tengah malam kat tepi hutan ni.Setiap khemah mamang sudah di bahagi giliran..kami berjaga selama sejam kemudian diikuti kumpulan khemah yang lain plak..ahh malasnye nak jaga-jaga nie..ngantuk..ngantuk terangguk-angguk..haha itu khayalan saya saje..jaga malam tu memang best!waktu itulah kami rancak bertukar-tukar cerita tentang sekolah,daerah dan macam-macam laa..sejam macam seminit kawan..tapi ngantuk tu memang ngantuk..

Kami menunggu kumpulan yang seterusnya tapi tak muncul-muncul..aiyoyo lambatnye..nak tidur nie!!..kami pun mengejutkan ahli khemah tu..aduh mak..tidur mati ke?..hehehe eh,ade ke tidur hidup?..terpaksa pulak kami bukakan zip pintu khemah die orang.Apa nak jadi,jadilah die..janji kejutkan die orang tapi saya pulak yang terkejut..si dia khemah nie..comelnye muka die tidur..haha harap saya comel lagi..kami kejutkan seorang-seorang..dan si dia pun terbangun..tapi tidur balik pulak..ish..ish..saya tengok si dia tidur menyebabkan mata saya yang kuyu ini bertambah stim..ahh tidur dulu..biar kawan yang lain kejutkan si dia..si dia jer?hehehe si dia dan kawan-kawannya..esok dah nak balik..tak tidur kang ngantuk dalam kereta cikgu pengiring kami nanti malu pulak nak tidur..

Hari ni,14 julai 2008..majlis penutupan sedang berlansung..saya ingat nak berbual dengan si dia tetapi si dia duduk di hadapan sekali..macam mane ea..ah!buku aturcara..ku ambil buku itu dan bagi kepadanya..harap-harap kat ruangan autograf ada tulisan kreatifnya..majlis dah berakhir dan buku itu di serahkan semula kepadaku..
kubuka dan kulihat bait demi bait madah bicaranya yang berbunyi;

"Ingat!betapa bertuahnya kita sebagai pelajar islam yang bersekolah agama. Alhamdulillah!.Hargai Islam!.Sentiasa menjadi golongan yang memperjuangkan Islam.Senyum itu sedekah.."

Terima kasih saya ucupkan khas untuk si dia..nak tahu siapa si dia?lelaki ke perempuan?atau pondan..hehe si dia tu adalah sahabat saya hormati,Ezaratul Hikmah Saidil..yang menyedarkan saya harus bersyukur kerana sekolah agama..Thanks eza!!