Winking Line Smiley

Sabtu, 24 April 2010

budak baik??


bangun seawal 5.15 pagi bukanlah susah bagi saya..itu ketika saya sekolah rendah,saya dikejutkan awal oleh emak untuk bersiap ke sekolah.

Teringat saya waktu itu..hahaha saya rasa saya budak yang paling baik..pelajar yang paling awal datang ke sekolah..walaupun sebenarnya saya TERPAKSA bangun awal kerana pak cik van mengambil saya lebih awal untuk menghantar saya ke sekolah..lagipun saya satu-satunya budak melayu perempuan dalam van itu..yang lainnya semua budak iban dan cina yang bersekolah cina yang agak jauh dari perumahan kami..Oh no..saya selalu kena sindir..dalam bahasa cina pulak tu!mentang-mentang orang cina..ish!!kalau speaking tadi dah lama saya jawab..

Lain pulak bila saya sekolah menengah..teringat saya ketika tingkatan dua,saya dan geng saya(budak sebilik)selalu bangun paling akhir..haha ornag lain dah berkemas nak pergi sekolah pukul 6.30(kerana 6.50 asrama dah dikunci)kami pulak baru nak lemah-longlai pergi ke bilik air..dan orang yang paling akhir turun adalah saya..haha pernah saya terpaksa panjat pagar(nasib tak jatuh)kerana gate dah dikunci..haha tak perasan pulak pengawas yang bertugas hari itu..hahaha..nasib..nasib..hehehe saya bertuah tak pernah kantoi..bestnyaa..everyday saya paling lewat tetapi MENGAPA saya jugak dicalon jadi pengawas!ahh tidakk..saya amat-amat tidak suka! ingat tengok muka saya MACAM budak baik boleh suka hati jer lantik ke..kawan sebilik semua gelakkan saya..saya mati-matian tak nak..saya tahu saya tak layak..oh my goD!!lain pulak kawan sekelas saya yang semuanya tidak sama bilik dengan saya,asyik-asyik ucap tahniah..ish2..haha mungkin sebab dia orang tak tahu kot perangai saya di dalam kelas dan di asrama macam langit dengan bumi :) ..

Bila saya dilantik jadi pengawas,saya ingat malaslah nak seaktif pengawas yang lain..tetapi rupa-rupanya apa yang saya buat akan diperhatikan oleh seorang kakak yang TERLEBIH caring nie..saya buat kerja tapi tak macam orang lain..jadi kakak tu egur saya ketika mesyuarat MPP..Oh!!malunyee..saya benci kakak tu!BENCI..

tetapi itu ketika saya tingkatan 2..bila saya AMAT SUKA diperhatidan dikritik oleh kakak itu,saya mula berubah..hehehe jadi budak baik pulak..walaupun perubahan saya di akhir tingkatan 3..saya bersyukur..thanks kak AShIKIN!..dialah yang banyak menegur saya..menjadikan saya seorang pelajar yang lebih beramanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas..lebih-lebih lagi saya merupakan menteenya..haha saya baru tahu jugak akhir form 3,sebab akak tu dah SPM tahun tu,dan itu adalah tahun terakhir die sekolah..saya tak dapat nak menahan kesedihan saya kerana saya dah mula menyayanginya sebagai seorang sahabat baik!..lagipun akak itu selalu cakap yang dia nak tengok saya berubah..:) korang jangan tiru perangai gila-gila saya ea..