Winking Line Smiley

Isnin, 26 April 2010

sahabat sepertinya..

Tangan..




Saya rasa cukup seronok..sekolah kami telah terpilih mewakili Kuching ke Miri untuk menghadiri kem pemimpin pengawas..tetapi saya tak menyangka yang saya telh dipilih oleh ustaz untuk ke sana..bersama 3 orang lagi kawan sekelas saya;rabiatul adawiyah,ibrahim dan izwan.Saya berdoa agar saya dapat bertemu lagi dengan eza..hehe yelah,dah die jer satu-satunya kawan saya yang sentiasa berlegar di ruang minda saya waktu itu.Ingat eza ingat SMKAM..ingat SMKAM ingat eza..hahaha.

Perjalanan selama 8 jam amat membosankan!!lebih parah apabila perjalanan kami dipanjangkan menjadi 11 jam..semuanya kerana pemandu bas kami..apesal bas kami boleh sesat jalan pulak..ish..ish..Sungguh!sampai ke Miri pada pukul 11 malam bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.Keesokannya Kem telah bermula..bertempat di Kampung Sukan Petronas,bilik asrama kami dipenuhi dengan kaum iban,kedayan and so on..Oh my god..sikitnya budak melayu kat Miri ni..

Hari pertama merupakan hari perkenalan..dan saya tertarik dengan seorang gadis kecil molek miri ini..Ummi Aiman.Perkenalan yang singkat itu amat saya hargai..macam-macam kami kongsi cerita..Ummi Aiman,thanks be my friend..Setahu saya,setiap sekolah akan menghantar wakil dua orang perempuan dan dua orang lelaki..namun maman(nama manjanya) menyatakan kawannya sakit jadi tidak dapat menghadirkan diri..owh.kasihan maman keseorangan..saya mula merapatkan ukhwah kami..makan sama-sama,jalan sama-sama..cuma bilik sahaja yang tidak sama..

Aahh!baru saya teringat yang Eza sama sekolah dengan maman..hehehe jadi saya ambil kesempatan itu untuk bertanya tentangnya..saya tanya kepada maman bagaimana eza di sekolah?..hahaha eza,awak jangan nervous k..nak tahu jawapan maman??..hehehe maman tersenyum lebar apabila saya mengajukan soalan itu..maman menyatakan yang eza itu seorang pelajar yang agak nakal..hehe sampaikan tangannya terluka terkena kipas..oh my god!..saya terkejut.Aik??tanya macam mana boleh luka pulak?maman pon bercerita yang eza seronok sakan stok tilam baru datang ke SMKAM..dia menyusun tilam-tilam itu tinggi-tinggi..dan dia tidur di atasnya..then?..bila dia bangun,tiba-tiba tangannya terkena kipas..huw!nasib tak kena kepala..saya tanya pulak,cikgu tak marah ke?..skali lagi maman tersenyum lebar..selepas luka di tangannya di basuh??

Ya Allah..lupelaa,ape jadi ea..???eza opie lupelah apa maman cakap lagi..tapikan..
sampai sekarang saya ingat yang kawan saya ni memang nakal..ada-ada sahaja telatahnya yang mencuit hati hehehe..eza,jangan bagitahu maman pulak yang saya critakan ni ea..eh,jangan lupa nanti bagitahu opie apa yang terjadi seterusnya k..hehehe

Ahad, 25 April 2010

si dia..




PERTAma kali saya terpandang si dia,iaitu ketika saya mengikuti satu kem.Sungguh..saya tersenyum melihatnya..hehehe mesra dan ramahnya si dia tu..si dia melihatku.Kumasih kekalkan senyuman yang paling manis..senyum :)..hehehe tiba-tiba dia menghampiriku..aduh!! takkan nak lari kot..salam perkenalan dihulur..dia bertanya siapa namaku..oh no..dengan lemah-lembut kujawab soalannya,saya Opie..saya control ayu dihadapannya..hahaha yelah kali pertama perkenalan mesti menjadi gadis sopan!..kami bersembang sebentar..cuma sebentar,huhu itupun bertanyakan di mana bersekolah..baru saya tahu si dia rupa-rupanya pelajar sekolah agama.Bila saya mendengar begitu..hehehe senyum bertambah-tambah manis..Hebatnyer die nie..tertarik-tarik saya hendak mengenalinya..tetapi waktu kem amat padat menyebabkan saya sukar untuk berkongsi cerita dengannya..hehe mesti best kalau dapat begitu..haha gatal!..saya tadak sama kumpulan dengannya..jadi agak susah saya hendak bergaul rapat dengannya..huhuhu

Keesokan harinya kami telah bertembung..best nyee..tiba-tiba sungguh saya tidak menduga si dia memanggail namaku..oh my god.."Hai Opie"..hehehe..aduh!eh siapa namanya?? ALAmak..saya tak ingat pulak..apasal time kronik begini tak ingat pulak! eh..takpe2..buat slumber dulu..dia menghampiriku..dengan senyuman yang saya kira terlebih gula nie,saya bertanyakan..saya nak panggil awak ape ea?..harap-harap si dia tidak tahu yang saya sudah lupa namanya..haha kebetulan namanya agak panjang jugak..dia tersenyum lagi..dijawabnya soalanku..kali ini kuingat betul-betul namanya di dalam minda..hehehe saya rasa tidak adil bagi si dia jika dia telah bersusah-payah mengingati namaku(saya harap bagitu..hehe)tetapi saya pulak tak ingat..ada ke patut..ish..ish..tak patut,tak patuttt..

Kem ni selama 4 hari tau..tapi saya takut laa saya terlepas peluang untuk berkawan dengannya..hehehe ada sesuatu yang tidak saya akan jangka terjadi..pada hari ke-3 kem itu,khemah kami ditugaskan berjaga malam..oh tidak..malasnya nak jadi miss guard tengah-tengah malam kat tepi hutan ni.Setiap khemah mamang sudah di bahagi giliran..kami berjaga selama sejam kemudian diikuti kumpulan khemah yang lain plak..ahh malasnye nak jaga-jaga nie..ngantuk..ngantuk terangguk-angguk..haha itu khayalan saya saje..jaga malam tu memang best!waktu itulah kami rancak bertukar-tukar cerita tentang sekolah,daerah dan macam-macam laa..sejam macam seminit kawan..tapi ngantuk tu memang ngantuk..

Kami menunggu kumpulan yang seterusnya tapi tak muncul-muncul..aiyoyo lambatnye..nak tidur nie!!..kami pun mengejutkan ahli khemah tu..aduh mak..tidur mati ke?..hehehe eh,ade ke tidur hidup?..terpaksa pulak kami bukakan zip pintu khemah die orang.Apa nak jadi,jadilah die..janji kejutkan die orang tapi saya pulak yang terkejut..si dia khemah nie..comelnye muka die tidur..haha harap saya comel lagi..kami kejutkan seorang-seorang..dan si dia pun terbangun..tapi tidur balik pulak..ish..ish..saya tengok si dia tidur menyebabkan mata saya yang kuyu ini bertambah stim..ahh tidur dulu..biar kawan yang lain kejutkan si dia..si dia jer?hehehe si dia dan kawan-kawannya..esok dah nak balik..tak tidur kang ngantuk dalam kereta cikgu pengiring kami nanti malu pulak nak tidur..

Hari ni,14 julai 2008..majlis penutupan sedang berlansung..saya ingat nak berbual dengan si dia tetapi si dia duduk di hadapan sekali..macam mane ea..ah!buku aturcara..ku ambil buku itu dan bagi kepadanya..harap-harap kat ruangan autograf ada tulisan kreatifnya..majlis dah berakhir dan buku itu di serahkan semula kepadaku..
kubuka dan kulihat bait demi bait madah bicaranya yang berbunyi;

"Ingat!betapa bertuahnya kita sebagai pelajar islam yang bersekolah agama. Alhamdulillah!.Hargai Islam!.Sentiasa menjadi golongan yang memperjuangkan Islam.Senyum itu sedekah.."

Terima kasih saya ucupkan khas untuk si dia..nak tahu siapa si dia?lelaki ke perempuan?atau pondan..hehe si dia tu adalah sahabat saya hormati,Ezaratul Hikmah Saidil..yang menyedarkan saya harus bersyukur kerana sekolah agama..Thanks eza!!

Sabtu, 24 April 2010

budak baik??


bangun seawal 5.15 pagi bukanlah susah bagi saya..itu ketika saya sekolah rendah,saya dikejutkan awal oleh emak untuk bersiap ke sekolah.

Teringat saya waktu itu..hahaha saya rasa saya budak yang paling baik..pelajar yang paling awal datang ke sekolah..walaupun sebenarnya saya TERPAKSA bangun awal kerana pak cik van mengambil saya lebih awal untuk menghantar saya ke sekolah..lagipun saya satu-satunya budak melayu perempuan dalam van itu..yang lainnya semua budak iban dan cina yang bersekolah cina yang agak jauh dari perumahan kami..Oh no..saya selalu kena sindir..dalam bahasa cina pulak tu!mentang-mentang orang cina..ish!!kalau speaking tadi dah lama saya jawab..

Lain pulak bila saya sekolah menengah..teringat saya ketika tingkatan dua,saya dan geng saya(budak sebilik)selalu bangun paling akhir..haha ornag lain dah berkemas nak pergi sekolah pukul 6.30(kerana 6.50 asrama dah dikunci)kami pulak baru nak lemah-longlai pergi ke bilik air..dan orang yang paling akhir turun adalah saya..haha pernah saya terpaksa panjat pagar(nasib tak jatuh)kerana gate dah dikunci..haha tak perasan pulak pengawas yang bertugas hari itu..hahaha..nasib..nasib..hehehe saya bertuah tak pernah kantoi..bestnyaa..everyday saya paling lewat tetapi MENGAPA saya jugak dicalon jadi pengawas!ahh tidakk..saya amat-amat tidak suka! ingat tengok muka saya MACAM budak baik boleh suka hati jer lantik ke..kawan sebilik semua gelakkan saya..saya mati-matian tak nak..saya tahu saya tak layak..oh my goD!!lain pulak kawan sekelas saya yang semuanya tidak sama bilik dengan saya,asyik-asyik ucap tahniah..ish2..haha mungkin sebab dia orang tak tahu kot perangai saya di dalam kelas dan di asrama macam langit dengan bumi :) ..

Bila saya dilantik jadi pengawas,saya ingat malaslah nak seaktif pengawas yang lain..tetapi rupa-rupanya apa yang saya buat akan diperhatikan oleh seorang kakak yang TERLEBIH caring nie..saya buat kerja tapi tak macam orang lain..jadi kakak tu egur saya ketika mesyuarat MPP..Oh!!malunyee..saya benci kakak tu!BENCI..

tetapi itu ketika saya tingkatan 2..bila saya AMAT SUKA diperhatidan dikritik oleh kakak itu,saya mula berubah..hehehe jadi budak baik pulak..walaupun perubahan saya di akhir tingkatan 3..saya bersyukur..thanks kak AShIKIN!..dialah yang banyak menegur saya..menjadikan saya seorang pelajar yang lebih beramanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas..lebih-lebih lagi saya merupakan menteenya..haha saya baru tahu jugak akhir form 3,sebab akak tu dah SPM tahun tu,dan itu adalah tahun terakhir die sekolah..saya tak dapat nak menahan kesedihan saya kerana saya dah mula menyayanginya sebagai seorang sahabat baik!..lagipun akak itu selalu cakap yang dia nak tengok saya berubah..:) korang jangan tiru perangai gila-gila saya ea..

my first blog..


hehehe macam tak percaya jer dah da blog sendiri..hehehe terima kasih eza!kalau awak tak bagi blog awak,saya rasa saya tak buat-buat blog..hahaha teringat saya pesanan cikgu bahasa malaysia saya,Pn.Nafriza..kalau buat blog guna bahasa malaysia sebab saya amat lemah dalam mengarang..huhuhu nasib baik SPM bahasa malaysia tak B..